Monday, February 27, 2017

Google Mohon Maaf Berkenaan Akaun Google Yang Tiba-tiba Di Log Keluar

Sejak hari Khamis yang lepas, dilaporkan terdapat akaun Google yang “ter”log keluar secara auto.

Hal ini membangkitkan kebimbangan terhadap pemilik akaun berkenaan kerana beranggapan akaun Google mereka telah digodam.

Hari ini Google telah memberi maklum balas dimana kes tersebut terjadi berikutan kerja-kerja selenggara yang dijalankan oleh mereka.

Menurut syarikat itu lagi, pemilik akaun tidak perlu bimbang kerana ia tidak melibatkan serangan pengodam sepertimana yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.

Mereka turut berjanji bahawa keselamatan akaun Google pengguna akan sentiasa berada ditahap yang selamat.

Sebelum ini pihak Google telah menerima laporan mengenai akaun Google yang dilog keluar secara tiba-tiba. Disebabkan itu, servis-servis seperti:
Gmail
Chromecast
YouTube
Google Play

sedikit terganggu dan menyebabkan kerisauan pengguna. Terdapat juga laporan masalah itu telah menyebabkan Google WiFi serta peranti OnHub bertukar ke tetapan kilang secara automatik.

Google turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh para pengguna.

Sumber

Tuesday, February 14, 2017

Trash Dove: Ini Asal Usul Burung Ungu Hentak Kepala Yang Sedang Membanjiri Facebook



Seolah-olah entah dari mana, setiap post di laman Facebook The Verge (dan beberapa halaman Facebook yang lain,termasuk Vox, Polygon, Business Insider, dan saya Fucking Sains Love) telah dibanjiri dengan GIF burung ungu yang tidak berpuas hati tentang apa yang sedang berlaku.


Satu artikel New York Times mempunyai thread komen di mana seseorang diposkan GIF burung ungu dan kemudian membalas komen sendiri dengan yang sama GIF 92 kali. Ia semacam sukar untuk mempunyai perbualan mengenai berita melalui semua burung-burung pelik.

Burung itu sebenarnya adalah set stiker yang bernama Dove (burung yang hentak kepala dinamakan Trash Dove) dan ia dicipta oleh pelukis dari Florida, Syd Weiler pada September dan dijadikan set stiker kepada iPhone pada Januari.



Sekiranya anda ingin tahu mengenai beliau, rakan-rakan yang marah adalah daripada satu set pelekat Facebook "Doves Sampah" yang menjadi viral di Thailand awal bulan ini. Dicipta oleh Florida artis Syd Weiler, pelekat memulakan kerjaya pada akhir bulan Januari.

Kenapa burung itu menjadi viral di Thailand? Menurut portal Thailand, Khao Sod, satu teori adalah perkataan burung (nok dalam Thailand), juga merupakan perkataan untuk menceritakan seseorang yang bujang tanpa harapan atau menderita kerana cinta tak berbalas.

Namun, ada juga berpendapat burung itu hanya sekadar sedang melayan lagu 'Trash Metal'.

Trash Dove kini bukan sahaja menjadi stiker, malah turut menjadi meme serta ikon internet.


Friday, February 10, 2017

(Berita) Rakyat Malaysia Berpeluang Saksikan Gerhana Bulan Penumbra Pagi Esok


Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan sebahagian daripada fasa Gerhana Bulan Penumbra, pagi esok (11 Feb).Gerhana Bulan Penumbra yang akan bermula pada 6.34 pagi dan berakhir pada 10.53 pagi.

Bagaimanapun, rakyat Malaysia hanya dapat melihat gerhana itu sehingga jam 7.25 pagi berikutan bulan akan terbenam ketika itu, kata Unit Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (ANGKASA).Gerhana tersebut berlaku apabila bulan memasuki bayang-bayang penumbra bumi dan akan kelihatan sedikit gelap.

Kenyataan itu menyebut gerhana tersebut mungkin akan kelihatan lebih jelas dengan bantuan peralatan seperti teleskop atau binokular selain faktor cuaca sangat mempengaruhi kenampakannya.



Tuesday, January 31, 2017

( Inspirasi ) 7 Cara Nak Hilangkan Bau Busuk Dalam Bekas Simpan Makanan



Kadang-kadang dek terlalu banyak bahan disimpan dalam peti sejuk sehingga tak sedar ada yang sudah tamat tempoh. Masalahnya, bukan saja bahan makanan yang sudah expired ini mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, tetapi sisa makanan yang mengeluarkan aroma yang kuat juga boleh menyebabkan satu peti sejuk berbau busuk!

Tak perlu risau, sebenarnya ada cara menghilangkan bau peti sejuk ini dengan hanya menggunakan bahan semulajadi tanpa menjejaskan bau dan rasa pada makanan yang disimpan.

Berikut adalah cara menghilangkan bau peti sejuk yang mudah dan berkesan. Ia menggunakan bahan yang mesra alam dan bebas toksik. Jom tengok di bawah:-

1)Baking soda

Guna baking soda untuk hilangkan  bau dalam bekas makanan. Bahan ini sangat berkesan untuk hapuskan bau kurang menyenangkan dalam bekas makanan.

Tabur serbuk penaik atas dulang / piring kecil dan masukkannya dalam peti sejuk. Kemudian tutup pintu sehingga bau busuk hilang.


Selepas itu masukkan semula barang dalam peti sejuk dan letakkan juga sekotak serbuk penaik di dalamnya. Buka sedikit penutup agar ia dapat menyerap segala bau yang kurang menyenangkan.

2. Cuka putih

Masukkan cuka putih dalam bekas terbuka dan letakkan dalam peti sejuk. Ia akan menyerap segala bau yang kurang enak dalam peti sejuk.


Untuk mewangikan lagi, perahkan sebiji lemon ke dalam larutan cuka tersebut dan lap bahagian dalam peti sejuk dengan campuran kedua-dua bahan ini.

4) Garam

Tabur satu sudu garam dalam bekas makanan dan biar selama 1-2 jam.  Garam akan menghilangkan bau kurang senang dalam bekas makanan.

5) Perahan lemon

Perah lemon atau limau nipis ke dalam bekas makanan ataupun gosok limau ke dalam bekas. Biar dalam 3 minit dan bials dengan air. Bukan sahaja menghilangkan bau, lemon boleh menanggalkan kotoran degil.

6) Serbuk teh

Serbuk teh sangat membantu menghilangkan bau busuk. Boleh guna serbuk the yang sudah digunakan atau belum digunakan. Cuci terlebih dahulu bekas makanan, kemudian korang letak uncang teh dalam bekas makanan dan tutup bekas. Biar seketika sehingga bau dalam bekas hilang.

7. Arang

Selain bahan di atas, salah satu cara menghilangkan bau peti sejuk yang berkesan dan semulajadi adalah dengan menggunakan arang. Masukkan arang kecil ke dalam bekas ‘tupperware’ dan letakkan dalam peti sejuk.


Apabila letakkannya dalam peti sejuk, laraskan suhu dalam peti sejuk kepada yang rendah dan tutup pintu beberapa hari.

Thursday, January 26, 2017

( Trending ) Ini Rupanya Disebalik Tabir Filem Ultraman



Di zaman kanak - kanak dulu pasti anda suka menonton kartun dari Jepun seperti Ultraman, Kamen Raider, Super Sentai dan banyak lagi kan?

Filem superhero Jepun ini digelar Tokusatsu dan berbeza dengan filem superhero Marvel atau DC yang menggunakan teknologi CGI. Tokusatsu lebih cenderung menggunakan set dan trik kamera untuk menghasilkan efek raksasa, kekuatan sakti dan banyak lagi.

Persoalannya disini, pernah tak anda terfikir macam mana gaya proses untuk mengfilemkan kisah ini.







Sunday, January 15, 2017

( Kesihatan ) 6 Petua Kempiskan Perut



Masalah perut boroi atau buncit adalah perkara paling digeruni oleh lelaki dan wanita. Salah satu faktor bagi mereka yang mengalaminya adalah disebabkan lemak yang berlebihan disekitar perut serta minum air bergula secara berlebihan juga boleh menjadikan perut buncit.Kebiasaannya lelaki lebih cepat mengalami masalah perut buncit kerana lelaki makan tidak mengikut masa, mereka makan bila mereka lapar dan apabila lapar mereka makan dalam kuantiti yang banyak.

Setiap orang pasti ingin perut yang kempis dan rata. Kadang bukan semata – mata untuk kelihatan cantik tetapi perut yang boroi buat seseorang rasa tidak selesa dengan diri sendiri.Dibawah ini ada 6 petua untuk dikongsi:-

Petua 1 ( Asam Jawa )

Bancuh asam jawa dengan segelas air panas dan biarkan semalaman. Minum pada keesokkan paginya, amalkannya setiap hari dan anda akan nampak perbezaanya.

Petua 2 ( Daun Lidah Buaya Dan Asam Jawa )

Ambil sedikit daun lidah buaya dan air asam jawa, rebus kedua-dua bahan tersebut dengan api yang kecil tunggu sehingga ia menjadi pekat. Biarkan seketika sehingga bahan tadi menjadi suam dan lumurkan pada perut anda. Amalkan 3 kali seminggu dan lihat hasilnya.

Petua 3 ( Limau Nipis Dan Kapur Sirih )

Perah air limau nipis dan letak sedikit kapur sirih gaul sehingga sebati. Selepas itu lumur pada bahagian perut dan balut perut itu dengan bengkung. Lakukan amalan itu sebelum tidur.

Petua 4 ( Limau Nipis Dan Air )

Umum tahu bahawa limau nipis boleh menurunkan berat badan serta menghilangkan perut buncit. Cara yang betul untuk mengempiskan perut anda ialah ambil 2 biji limau nipis atau limau kasturi perah airnya dan campur dengan air sejuk. Amalkan setiap hari selama sebulan dan anda akan lihat hasilnya. Untuk cara yang lebih pantas lakukan senaman cardio ia akan membantu mengempiskan perut anda dengan cepat.

Petua 5 ( Teh Cina Dan Limau Nipis )

Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dengan air panas serta campurkan dengan air  limau nipis. Minum 2 kali sehari sebelum sarapan dan juga sebelum tidur.

Petua 6 (Teh hijau, serbuk kayu manis dan madu lebah asli)


Setiap kali selepas makan tidak kira sarapan, makan tengahari mahupun makan malam, anda hendaklah amalkan meminum teh hijau dan kalau inginkan kelainan tambah serbuk kayu manis atau madu lebah untuk melihat kesannya dengan lebih cepat.


Thursday, January 12, 2017

( Terkini ) Video Perlancaran Jersey JDT 2017


Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim ( JDT ) secara rasminya telah melancarkan dan memperkenalkan jersi baru Skuad Harimau Selatan dalam mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2017.
Jersi pasukan JDT ditampilkan dengan tiga warna, iaitu biru, merah dan hitam yang ditaja oleh pengeluar pakaian sukan terkemuka di dunia, Nike.
Menariknya, terdapat jersi keluaran istimewa yang berwarna biru gelap berbelang hitam bersempena dengan kejayaan JDT menjuarai Liga Super dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.



Tontoni Video Perlancaran Jersey Terbaru JDT.



( Viral ) Ahli Matematik Dan Fizik Dari UKM Ini Dedah Sepakan Ajaib Faiz Subri



Faiz Subri kini menjadi sebutan dan trend di media sosial kini terutamanya di Malaysia selepas beliau memenangi anugerah FIFA PUSKAS 2016 iaitu jarigan tercantik di dunia.

Ramai yang pelik dan tertanya-tanya bagaimana Faiz Subri boleh melakukan sepakan melencong tersebut.

Seorang ahli fizik dan matematik, Mohd Hafizudin Kamal yang berasal dari Melaka dan menetap di Johor Bahru itu mendedahkan dan membuat pengiraan Matematik dan Fizik sepakan Faiz Subri terhasil.


THIS IS SOME OF THE MATHEMATICAL EVIDENCE THAT EXPLAINED HOW THE BALL IS DEFINITELY GOAL BY FAIZ SUBRI 😀

THEORETICAL VIEW:
Rabu, 5.00 Pagi:
Derivation Equation of Suitable Forces That Can Be Used to Kick a Ball and The Effectiveness to Make a Goal from the Magnus Effect Approached. 🙂

Alhamdulillah. Dengan berkat kesabaran and do more research, finally I had finalized and formularized the equations and make a certain hypothesis regarding to the how to easily make a goal based on the Theoretical approached that I’ve done!

Basically, I was dividing into two regions which is the 1st region: Consider the suitable forces in order to have a good kicking a ball and provide nice shot and at the 2nd region: allowed the goals from Magnus Effect. This all just theoretical but not yet been proven/trial. Hopefully, it might be useful to everybody that kindly interested in Football game. 


Monday, January 9, 2017

( Sukan ) Faiz Subri Dinobat Sebagai Pemenang Anugerah PUSKAS, Gol Paling Cantik 2016


Debaran buat pemain tempatan, Faiz Subri berakhir dengan kegembiraan apabila dia dianugerahkan sebagai pemenang bagi anugerah PUSKAS 2016.


Kemenangan Faiz Subri berlangsung di masjlis " The Best FIFA Awards " yang berlangsung di Zurich, Switzerland. Faiz Subri berjaya mengetepikan Marlone ( Brazil ) dan Daniuska Rodriguez
( Venezuela ) yang turut bersaing dalam anugerah tersebut.

Anugerah PUSKAS disampaikan oleh pemain lagenda Ronaldo Fenomeno. Menerusi keputusan rasmi FIFA, gol Faiz Subri mendapat 59.46% undian manakala Marlone mendapat 22.86% dan Daniuska mendapat 10.01%.

Tahniah kerana mengharumkan nama Malaysia.



Wednesday, January 4, 2017

( Berita ) Media Prima Penyiar Rasmi ESL One Genting Dota 2


Rangkaian televisyen Media Prima telah mengumumkan bahawa portal online video streaming, Tonton dan saluran televisyen percuma NTV7 dipilih sebagai penyiar rasmi untuk ESL One Genting Dota 2 yang akan berlangsung di Arena of Stars di Genting Highlands pada 6 hingga 8 Januari 2017.
Semua 6.3 juta penonton berdaftar boleh menyaksikan pertandingan separuh akhir menerusi saluran berdefinisi tinggi (HD) secara percuma pada 6 dan 7 Januari, sementara pertandingan akhir keesokannya, turut disiarkan di NTV7 bermula jam 6 petang.


Kejohanan yang bermula Jumaat hingga Ahad ini, menawarkan hadiah kejuaraan bejumlah AS$250,000 ( RM 1.12 Juta). Peminat sukan liga bebas Dota 2 juga berpeluang menonton lapan pasukan terbaik dunia seperti Virtus.Pro, Newbee, Team NP,Digital Chaos, Execration, Wings Gaming, WG Unity dan juga Fnatic dari Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Urusan Asia ESL ASL Asia, Piantchenko-Graf Mickael teruja dapat bersama peminat sukan itu di Malaysia dan mengajak semua merasai sendiri kehangatan kejohanannya dengan menonton Tonton.

Ticket boleh didapati di ESL One Genting.