Rangkaian televisyen Media Prima telah mengumumkan bahawa portal online video streaming, Tonton dan saluran televisyen percuma NTV7 dipilih sebagai penyiar rasmi untuk ESL One Genting Dota 2 yang akan berlangsung di Arena of Stars di Genting Highlands pada 6 hingga 8 Januari 2017.
Semua 6.3 juta penonton berdaftar boleh menyaksikan pertandingan separuh akhir menerusi saluran berdefinisi tinggi (HD) secara percuma pada 6 dan 7 Januari, sementara pertandingan akhir keesokannya, turut disiarkan di NTV7 bermula jam 6 petang.
Kejohanan yang bermula Jumaat hingga Ahad ini, menawarkan hadiah kejuaraan bejumlah AS$250,000 ( RM 1.12 Juta). Peminat sukan liga bebas Dota 2 juga berpeluang menonton lapan pasukan terbaik dunia seperti Virtus.Pro, Newbee, Team NP,Digital Chaos, Execration, Wings Gaming, WG Unity dan juga Fnatic dari Malaysia.
Sementara itu, Pengarah Urusan Asia ESL ASL Asia, Piantchenko-Graf Mickael teruja dapat bersama peminat sukan itu di Malaysia dan mengajak semua merasai sendiri kehangatan kejohanannya dengan menonton Tonton.
Ticket boleh didapati di ESL One Genting.
No comments:
Post a Comment